Selamat Datang ,
Skim Bantuan Gerbang Az-Ziwaaj

Bantuan perkahwinan RM1,000.00 bagi pasangan yang ingin berkahwin (mengikut syarat dan kelayakan)

Log Masuk Semakan

Syarat Permohonan

Pemohon mestilah LELAKI

Hanya pemohon lelaki dibenarkan untuk membuat permohonan Skim Az-Ziwaaj

Warganegara Malaysia

Hanya warganegara Malaysia dibenarkan untuk membuat permohonan

Dilahirkan di Kelantan

Dilahirkan di Kelantan (no. kad pengenalan bermula 03 @ 29), atau dapat membuktikan telah bermastautin di Kelantan melebihi 15 tahun.

Kategori Pemohon

Pemohon mestilah tergolong dalam kategori miskin dan perlu dibantu. (mengikut kriteria dan budi bicara kerajaan negeri)

Perkahwinan Pertama

Hanya perkahwinan yang pertama sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan.

Pendapatan Bulanan

Pendapatan bulanan pemohon mestilah tidak melebihi RM2000.00 sebulan.

Dokumen yang diperlukan

Permohonan mestilah disertakan bersama sijil-sijil dan dokumen disahkan iaitu

  • Salinan Borang Permohonan
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Surat Beranak/ Sijil Kelahiran
  • Salinan Sijil Kursus Perkahwinan/ Surat Pengecualian Kursus Perkahwinan
  • Salinan Borang Pemeriksaan Kesihatan (HIV)
  • Salinan Permohonan Untuk Kebenaran Berkahwin (Borang 1)
  • Salinan Slip Gaji/ Pengesahan Pendapatan oleh penghulu mukim/ penggawa
  • Gambar Berukuran Passport dan Salinan Pengesahan No. Akaun/ Penyata Akaun Bank

Tempoh Permohonan

Permohonan mestilah sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh perkahwinan. Permohonan yang lewat diterima tidak akan diproses.


Dasar Privasi & Keselamatan

DASAR PRIVASI

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda ingin mendaftar dan membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

  • Apa Yang Akan Berlaku Jika Saya Membuat Pautan Kepada Laman Web Yang Lain?

    Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

  • Pindaan Dasar

    Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

DASAR KESELAMATAN
  • Perlindungan Data

    Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

  • Keselamatan Storan

    Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

  • Maklumbalas dan Aduan

    Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan amat mengalu-alukan maklumbalas/pertanyaan anda. Sekiranya maklumat yang terperinci diperlukan tidak terdapat di dalam Portal ini, keperluan anda akan dimajukan kepada agensi yang berkaitan.

Soalan Lazim

Berikut merupakan beberapa soalan (FAQ) umum mengenai Az-Ziwaaj

Hubungi Kami

Emelkan pertanyaan, cadangan, komen atau masalah teknikal semasa melayari laman portal Azziwaaj kepada u-bes[at]kelantan[dot]gov[dot]my.

Alamat

Urusetia Belia dan Sukan (U-BeS)
Blok 7, Kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu, Kelantan.

Telefon

(Tel) 09-7434477
(Faks) 09-7434476

Emel

u-bes[at]kelantan[dot]gov[dot]my

Masa Operasi

Ahad - Isnin
8:00 pagi hingga 5:00 petang

Khamis
8:00 pagi hingga 3:30 petang