Syarat Permohonan
Pemohon mestilah LELAKI
Hanya pemohon lelaki dibenarkan untuk membuat permohonan Skim Az-Ziwaaj
Warganegara Malaysia
Hanya warganegara Malaysia dibenarkan untuk membuat permohonan
Dilahirkan di Kelantan
Dilahirkan di Kelantan (no. kad pengenalan bermula 03 @ 29), atau dapat membuktikan telah bermastautin di Kelantan melebihi 15 tahun.
Kategori Pemohon
Pemohon mestilah tergolong dalam kategori miskin dan perlu dibantu. (mengikut kriteria dan budi bicara kerajaan negeri)
Perkahwinan Pertama
Hanya perkahwinan yang pertama sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan.
Pendapatan Bulanan
Pendapatan bulanan pemohon mestilah tidak melebihi RM2000.00 sebulan.
Dokumen yang diperlukan
Permohonan mestilah disertakan bersama sijil-sijil dan dokumen disahkan iaitu
- Salinan Borang Permohonan
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Surat Beranak/ Sijil Kelahiran
- Salinan Sijil Kursus Perkahwinan/ Surat Pengecualian Kursus Perkahwinan
- Salinan Borang Pemeriksaan Kesihatan (HIV)
- Salinan Permohonan Untuk Kebenaran Berkahwin (Borang 1)
- Salinan Slip Gaji/ Pengesahan Pendapatan oleh penghulu mukim/ penggawa
- Gambar Berukuran Passport dan Salinan Pengesahan No. Akaun/ Penyata Akaun Bank
Tempoh Permohonan
Permohonan mestilah sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh perkahwinan. Permohonan yang lewat diterima tidak akan diproses.
Cara Memohon
Langkah Pertama - Isi Maklumat Permohonan
- Isi maklumat pemohon (Pastikan maklumat diisi dengan lengkap)
- Isi maklumat pasangan (Pastikan maklumat diisi dengan lengkap)
Langkah Kedua - Memuat Turun Borang Permohonan
- Setelah maklumat pemohon & pasangan lengkap diisi, pemohon perlu memuat turun & mencetak borang permohonan. Pemohon juga perlu mengesahkan borang permohonan tersebut dengan penghulu mukim.
Langkah Ketiga - Memuat naik Borang Permohonan
- Borang permohonan yang telah disahkan perlu dimuatnaik beserta dengan beberapa dokument yg dipinta.
Langkah Keempat - Pengakuan
- Langkah seterusnya pemohon boleh membuat pengesahan terhadap semua butiran yang diisi dan dokumen-dokumen yang telah dimuatnaik. Disini juga, permohon perlu membuat pengakuan bahawa semua butiran yang diberikan adalah benar.
Langkah Kelima - Hantar Permohonan
- Setelah pengakuan dibuat, pemohon perlu menekan butang 'Hantar Permohonan' bagi melengkapkan proses permohonan SKIM GERBANG AZ-ZIWAAJ.
Dasar Privasi & Keselamatan
DASAR PRIVASI
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda ingin mendaftar dan membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.
-
Apa Yang Akan Berlaku Jika Saya Membuat Pautan Kepada Laman Web Yang Lain?
Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.
-
Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.
DASAR KESELAMATAN
-
Perlindungan Data
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.
-
Keselamatan Storan
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
-
Maklumbalas dan Aduan
Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan amat mengalu-alukan maklumbalas/pertanyaan anda. Sekiranya maklumat yang terperinci diperlukan tidak terdapat di dalam Portal ini, keperluan anda akan dimajukan kepada agensi yang berkaitan.
Soalan Lazim
Berikut merupakan beberapa soalan (FAQ) umum mengenai Az-Ziwaaj
-
Apa itu Skim Gerbang Az-Ziwaaj?
Skim Gerbang Az-Ziwaaj adalah satu skim / saguhati khas kepada pasangan pengantin baru yang telah diluluskan oleh pihak Kerajaan Negeri bagi menuju negeri berkebajikan.
-
Apakah bentuk pemberian yang diberikan oleh Kerajaan Negeri?
Bentuk pemberian yang akan diberikan oleh Kerajaan Negeri adalah berbentuk wang tunai bernilai Ringgit Malaysia : Satu Ribu Sahaja (RM1,000.00) dalam bentuk cek (atas nama calon) diberikan kepada calon yang layak berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.
-
Adakah pemohon yang berasal di Kelantan tetapi menetap di luar negeri boleh membuat permohonan Skim Bantuan Gerbang Azziwaaj?
Pemohon yang berasal di Kelantan tetapi menetap di luar negeri boleh membuat permohonan Skim Bantuan Gerbang Az-ziwaaj selagi mana ia mempunyai No. Kad Pengenalan berdaftar dengan kod 03 atau 29 di tengah.
Hubungi Kami
Emelkan pertanyaan, cadangan, komen atau masalah teknikal semasa melayari laman portal Azziwaaj kepada u-bes[at]kelantan[dot]gov[dot]my.
Alamat
Urusetia Belia dan Sukan (U-BeS)Blok 7, Kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu, Kelantan.
Telefon
(Tel) 09-7434477
(Faks) 09-7434476
Emel
u-bes[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Masa Operasi
Ahad - Isnin
8:00 pagi hingga 5:00 petang
Khamis
8:00 pagi hingga 3:30 petang